Selamat Datang
News TM Agent
| TM Business Broadband (Streamyx & Unifi) Not Allow To Register Under Personal Name Effective On 1st of July 2012. |
| (Date: 2012/6/29) |
| Please to inform that, all TM Business Braodband's (Streamyx & Unifi) applications are not allow to register under personal name effective on 1st of July 2012. All application must be registered by using company name with business registration number (BR no). |
Thursday, January 3, 2013
Muat Turun Guna WIFI Astro Dongle
PELANGGAN Astro Malaysia Holdings Bhd kini boleh mengakses dan memuat turun program video atas permintaan (VOD) di perakam video peribadi (PVR) B.yond dengan dongle Internet tanpa wayar (WiFi) baru.
Astro dalam kenyataannya berkata, dongle itu akan menambah akses Internet WiFi kepada Astro B.yond dan PVR.
“Ia akan memberikan akses mudah kepada pelbagai judul filem di perpustakaan Astro B.yond, termasuk filem Astro First dan Astro Best,” katanya.
Astro berkata, dongle itu boleh dibeli pada harga RM110, atau harga istimewa RM50 bagi pelanggan Super Pack dengan B.yond PVR.
Sebagai tawaran pengenalan, ia akan menawarkan percubaan percuma Astro B.yond VOD bagi semua B.yond PVR yang mempunyai hubungan Internet sehingga 31 Januari ini.
Saturday, December 22, 2012
Maxis sedia insentif kepada pelajar Unitar

MAXIS Bhd (Maxis) menjalankan perjanjian kerjasama perniagaan dengan
Unitar International University (Unitar) bagi meningkatkan pendidikan
teknologi dan keusahawanan menerusi penyediaan pelbagai insentif kepada
pelajar Unitar.
Kerjasama berkenaan yang berlangsung dalam tempoh masa panjang
turut memberi sokongan pembiayaan pendidikan kepada pelajar universiti
itu dalam bentuk biasiswa.
Ketua Bahagian Perniagaannya, Mohamed Fitri Abdullah berkata, terdapat enam segmen kerjasama yang difokuskan di dalam perjanjian itu iaitu WiFi Hotspots, Program Latihan Industri Maxis, Program Biasiswa Maxis, Program Tajaan Maxis, Pusat Edaran Maxis dan Program Keusahawanan Maxis.
Beliau berkata, bagi WiFi Hotspots, Maxis akan menyediakan kawasan
bagi mengakses Internet tanpa wayar kepada lebih 5,000 pelajar di kampus
utama serta cawangan Unitar.
“Bagi Program Latihan Industri Maxis, syarikatnya akan memberi peluang kepada pelajar Unitar untuk melaksanakan latihan industri di syarikatnya,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Kuala Lumpur, semalam.
Sumber : Harian Metro 21/12/2012
Wednesday, July 18, 2012
Microsoft Office Lebih Canggih
MICROSOFT Corp (Microsoft) melancarkan perisian Office baru yang
lebih canggih dengan perubahan besar kepada beberapa fungsi Words,
OneNote, Excel dan PowerPoint yang disasarkan kepada pengguna biasa dan
perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, pengenalan
Office baru sejajar dengan persediaan syarikat itu untuk mendahului
teknologi pejabat moden selepas melancarkan sistem operasi Windows 8
yang diperkenalkan baru-baru ini.
“Kami menganggap perisian Office baru sebagai produk paling inovatif pernah dilancarkan Microsoft,” katanya ketika pelancaran Office baru dinamakan ‘Office 2013’ di San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.
Turut hadir, Naib Presiden Korporatnya, Kirk Koenigsbauer.
Office 2013 mempunyai perubahan besar-besaran daripada aspek rekaan yang lebih intuitif supaya dapat beroperasi dengan baik dalam pelbagai penggunaan seperti sentuhan pada tablet, pen stylus, menggunakan tetikus atau papan kekunci asalkan ia peranti berasaskan Windows.
Antara ciri baru diperkenalkan Office termasuk cara membaca dokumen dalam Words, fungsi OneNote yang lebih baik, fungsi mesyuarat termasuk perkongsian serta suntingan dokumen dan komunikasi perkhidmatan cloud lebih bersepadu.
Ballmer berkata, pengenalan Office adalah acara paling dinantikan
selepas Microsoft sudah lama tidak memperkenalkan fungsi baru kepada
perisian terbabit.
“Office akan memanfaatkan perkhidmatan ‘cloud’ sepenuhnya pada masa depan di samping kesepaduan dengan Windows 8,” katanya sambil menambah perisian itu kini sedia dipindah turun secara previu di office.com/preview.
Beliau berkata, kesediaan Windows 8 untuk dilancarkan pada Oktober
masih mengikut jadual dan Microsoft sudah bersedia sepenuhnya untuk
inovasi baru perkomputeran.
Sumber : Harian Metro 18/07/2012
Friday, July 6, 2012
Kerjasama Mas & PayPal
MALAYSIA Airlines System (MAS) menjangka purata jumlah tempahan tiket
penerbangan menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi MHmobile
meningkat lebih 500 peratus tahun ini disandarkan penggunaan bayaran
dalam talian global PayPal yang mula diperkenalkan, semalam.
Kerjasama dengan PayPal turut menjadikan MAS sebagai syarikat
penerbangan pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kemudahan lebih
pantas dan selamat menggunakan telefon mudah alih. Tahun lalu, MAS
merekodkan peningkatan 500 peratus daripada segi purata tempahan harian
melalui MHmobile yang kini boleh digunakan di pelbagai platform
termasuk iOS, Android dan Windows.
Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Promosi MAS, Al-Ishsal Ishak berkata, sejak MHmobile diperkenalkan pada 2009, jumlah penggunanya meningkat dengan 70 peratus daripada transaksi dilakukan ahli Enrich dan turut menyumbang 10 peratus kepada perolehan dalam segmen tempahan dalam talian yang ditawarkan MAS.
“Ketika ini, lebih ramai pengguna memilih telefon mudah alih untuk
membuat tempahan dan kami percaya, kerjasama dengan PayPal meningkatkan
lagi jumlah pengguna sekali gus menyasarkan sumbangan kepada perolehan
antara 20 dan 30 peratus dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
“Sehubungan itu, MAS mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi dalam tempoh enam bulan akan datang untuk menarik minat pengguna MHmobile membuat tempahan tiket menggunakan PayPal,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi perkhidmatan terbaru itu, pengguna telefon pintar boleh membuat tempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa MAS di mana saja menerusi aplikasi MHmobile dan laman web mudah alih flymas.mobi yang menerima perkhidmatan PayPal.
Bersempena dengan pelancaran itu, MAS menawarkan tambang promosi
dari serendah RM150 bagi penerbangan domestik dan RM340 bagi destinasi
Asean dengan tempahan bermula 5 hingga 8 Julai bagi tempoh penerbangan
dari 5 Julai hingga 31 Oktober.
Sementara itu, Pengarah PayPal Asia Pasifik bagi mudah alih, Rahul Shinghal berkata, menerusi kajian beli belah secara mudah alih PayPal tahun lalu mendapati, pasaran perdagangan mudah alih di Malaysia meningkat sebanyak 370 peratus iaitu daripada RM101 juta pada 2010 kepada RM467 juta pada 2011.
Sumber : Harian Metro 06/07/2012
Sunday, July 1, 2012
Ubah Clock Taskbar Dengan Nama Anda
Secara default, sistem operasi Windows
menampilkan informasi waktu pada sebelah kanan bawah taskbar. Umumnya
format waktu yang digunakan adalah AM/PM dengan format waktu 12 jam.
Didalam Windows terdapat settingan
manual yang dapat mengubah informasi AM / PM tersebut menjadi apapun yang
anda inginkan, misalnya nama anda dll.
Windows 7
- Klik Start Menu > Control Panel
- Lalu kebahagian Clock, Language and Regional Options. Lalu klik pada Region and Language
- Pada tab bahagian Regional Options ubah Standard and Formats menjadi English (united States) serta pilih Indonesia pada bahagian Location
- Kemudian klik Addional Settings yang berada dikanan bawah
- Pada Tab bahagian Time, ganti format standard nama AM / PM menjadi apapun yang anda inginkan.
- Klik Apply dan OK
Windows XP
- Klik Start Menu > Control Panel
- Lalu pilih Regional and Language Options. Regional and Language Options dan setting untuk mengatur waktu, tarikh dan format waktu.
- Ubah Location menjadi Malaysia lalu klik Customize
- Setelah tertingkap Customize Regional Options terbuka, klik Tab bagian Time. Selanjutnya anda dapat mengganti input standard yang AM / PM menjadi nama apapun yang anda inginkan.
- Klik Apply dan Ok
MyKamus - Terjemahan Sekelip Mata

Ia adalah kerjasama antara Citra Pengkomputeran Rangkaian dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), institusi yang berusia 56 tahun yang berperanan untuk membangun dan mengawal selia bahasa BM. DBP juga penerbit buku.
Berbalik kepada MyKamus kini ia terdiri daripada Penyemak ejaan Bahasa Malaysia dan kamus, serta kamus Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris.
Ia juga boleh digunakan untuk menukar tulisan Rumi ke Jawi, abjad Arab untuk menulis bahasa Bahasa Malaysia. Ciri-ciri lain termasuk teka-teki, permainan tekakata dan koleksi kertas soalan yang lepas bagi peperiksaan kebangsaan.
Bermula adalah cepat. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk memasang MyKamus. Selepas pemasangan, kita pergi dalam talian untuk mencari kemaskini dan mendapati terkini, versi 7.0.348. Kita semua telah ditetapkan selepas itu.
Setelah dipasang, MyKamus membolehkan dengan cepat untuk melihat apa-apa perkataan, dengan hanya berlegar kursor di atas perkataan dan menekan kombinasi kekunci Kawalan dan kanan butang tetikus. Atau anda boleh menaip perkataan ke dalam toolbar MyKamus mini terapung pada skrin.

Sumber : Mykamus.com
Friday, June 29, 2012
PC Tablet Google Dijual RM636

SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet
terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada
harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).
Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang
menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat
pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad.
Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan
sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh
dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS.
Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan. - Agensi
Sumber : Kosmo Online 29/06/2012
Nikmati WIFI Dalam Bas

Celcom Axiata Berhad (Celcom) bakal menyediakan perkhidmatan jalur lebar
tanpa wayar WiFi di kesemua bas Ekspres Transnasional di Semenanjung
Malaysia serentak pelancaran projek dikenali sebagai '57 coach-mate’,
semalam.
Sebagai permulaan, sewaan tablet akan disediakan di lebih 200 laluan Transnasional bagi fasa pertama yang dilaksanakan di bandar utama di selatan tanah air mulai bulan depan dengan harga promosi RM4 untuk setiap penumpang.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, dengan liputan meluas dan kelajuan yang tinggi, Celcom beri peluang kepada pengguna tablet menggunakan peranti ini dengan sepenuhnya di Wilayah Celcom.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama bersama Sinar Aki dan Transnasional bagi menyediakan perkhidmatan ini,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai perancangan akan datang, Sinar Aki akan memasang sehingga 7200 tablet ke dalam 500 bas Transnasional menjelang hujung tahun, dan jumlah tablet dijangka bertambah sehingga 21,600 unit bergantung kepada permintaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Aki, Noor Azhar Abu Kassim berkata, buat masa ini, 57 aplikasi luar talian ditawarkan termasuk 30 aplikasi permainan, 20 aplikasi pembelajaran untuk kanak-kanak, tujuh aplikasi produktiviti seperti Microsoft Office dan kamus, serta aplikasi atas talian lain seperti laman sesawang Youtube.
Katanya, untuk tiga bulan pertama, pihaknya beri lebih perhatian memantau kandungan digital tablet bagi pastikan penumpang berpuas hati dengan produk dan harga yang ditawarkan.
Untuk permulaan juga, perkhidmatan ini hanya bagi perjalanan dua hingga lima jam sesuai dengan ketahanan bateri. Bagaimanapun, bagi perjalanan lebih panjang, ia akan dilaksana pada fasa kedua bermula September ini.

Sumber : Sinar Harian 29/06/2012
Thursday, June 28, 2012
Maxis Yakin Perkhidmatan IPTV
MAXIS Berhad (Maxis) yakin perkhidmatan Maxis
televisyen protokol Internet (IPTV) akan dapat diakses 1.2 juta pengguna
jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) sedia ada apabila mula
dilancarkan Julai ini.
Bagi menjayakan hasrat tersebut, Maxis menjalin kerjasama strategik bersama 14 penyedia kandungan yang membolehkan Maxis menyampaikan filem termasuk berdefinisi tinggi (HD) dan tiga dimensi (3D) serta tujuh saluran percuma.
Pengerusinya, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, selain pengguna HSBB, perkhidmatan ini juga dapat digunakan 40,000 pengguna berdaftar Internet Gentian Maxis Home.
“Majlis tandatangan hari ini (semalam) adalah pencapaian penting untuk Maxis kerana ia melambangkan komitmen kami memperkayakan kehidupan pelanggan. Ia juga detik penting untuk pengguna Internet Gentian Maxis Home di mana tidak lama lagi, mereka akan dapat menikmati kandungan televisyen melalui perkhidmatan IPTV.
“Kerjasama ini juga sekali gus menyokong inisiatif kerajaan memajukan Industri Kandungan Kreatif Malaysia melalui penyampaian cara baru kepada orang ramai,” katanya ketika majlis menandatangani kerjasama strategik bersama 14 penyedia kandungan, di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan akan mewujudkan infrastruktur yang kondusif bagi memenuhi permintaan global dan tempatan terhadap kandungan bernilai tinggi.
“Bagi tujuan ini, kerajaan telah menjadikan Komunikasi dan Infrastruktur Kandungan (CCI) sebagai salah satu bahagian penting dalam pelan tindakan.
“Menjelang 2020, sektor ini perlu membina infrastruktur pelaburan bagi memudahkan anjakan paradigma daripada penyediaan infrastruktur dan akses kepada aplikasi kandungan yang dapat membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum.
Katanya, industri ini di Malaysia dianggarkan bernilai RM16 bilion berdasarkan pengiklanan, permainan, muzik, animasi, kandungan digital, tv dan filem serta video. Tahun lalu, industri media menjana perolehan RM9.4 bilion dan menyumbang 1.27 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Sumber : Sinar Harian 28/06/2012
Wednesday, June 27, 2012
MyTeksi - Cara Pantas Dapatkan Teksi
TEKSI merupakan salah satu pengangkutan pilihan bagi kebanyakan
pengguna di Malaysia untuk menuju ke destinasi yang diingini. Pengguna
boleh menunggu di tepi jalan atau menghubungi pihak yang mengendalikan
perkhidmatan tersebut.
Meskipun ramai yang memilih pengangkutan awam lain seperti bas,
Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) atau monorel, namun hakikatnya teksi
masih relevan dalam dunia hari ini.
Dalam usaha menawarkan kelainan kepada pengguna, MyTeksi telah
melancarkan perkhidmatan tempahan teksi secara mudah alih yang pertama
di Malaysia. Ia membolehkan penumpang untuk menempah teksi dengan mudah
menggunakan telefon pintar dan tablet (iOS dan Android) selain
menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Pengurus Besar MyTeksi, Chew Wei Chuan berkata, khidmat tempahan
teksi secara mudah alih yang inovatif ini dipacu oleh teknologi mesin ke
mesin (M2M) Maxis dan menggunakan keupayaan Maxis sebagai pembekal
perkhidmatan rangkaian 3G serta 2G terbesar di Malaysia.
"Kelainan tempahan teksi secara digital baharu ini terletak kepada
keupayaannya untuk membolehkan penumpang menempah teksi dengan sebarang
alat mudah alih, memadankan penumpang dengan pemandu teksi terdekat dan
memberikan pengesahan segera.
"Penumpang teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi IOS, aplikasi
Android atau SMS, boleh mendapat pengesahan dalam tempoh tiga minit.
Selain itu, mereka turut diberikan nombor plat teksi, nama pemandu,
anggaran masa ketibaan serta tambang," jelas Wei Chuan dalam satu sidang
media baru-baru ini.
MyTeksi merupakan perkhidmatan tempahan teksi mudah alih pertama di
Malaysia yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar untuk
menempah dan menghantar teksi.
Sejak tahun 2011, pemandu teksi telah menggunakan teknologi
berasaskan telefon pintar MyTeksi untuk menerima tempahan melalui SIM
M2M Maxis untuk berkomunikasi dengan serta-merta.
Menurut Wei Chuan, pihaknya telah melaburkan RM500,000 bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan aplikasi MyTeksi.
Menyokong inisiatif
Berdasarkan maklum balas yang diterima, pihaknya turut mensasarkan
untuk menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand
menjelang tahun hadapan dengan aplikasi ciptaan mereka.
Sementara itu, Presiden Persatuan Teksi Wilayah Persekutuan &
Selangor, Datuk Aslah Abdullah memberitahu, pihaknya menyokong penuh
inisiatif yang dilakukan MyTeksi dalam usaha memberikan perkhidmatan
terbaik kepada pengguna.
"Seramai 120 pemandu teksi telah menggunakan MyTeksi sejak bulan
September tahun lalu. Hasilnya memang memberangsangkan kerana pelanggan
kami gembira dengan perkhidmatan yang mereka terima.
"Justeru, saya berharap semua pemandu teksi yang ada boleh
menggunakan perkhidmatan ini untuk jaminan pendapatan yang lebih
tinggi," ujar Pengerusi Comfort Communication Sdn. Bhd. (Comfort Taxi)
itu.
Syarikat, persatuan dan koperasi teksi utama selain Comfort Taxi,
sudah pun dalam proses menguji sistem MyTeksi. Buat permulaan,
perkhidmatan ini hanya boleh didapati di sekitar Lembah Klang. Namun, ia
akan dikembangkan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
Dalam pada itu, Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah
melahirkan rasa bangga kerana menjadi rakan teknologi bagi usaha
terbaharu membangunkan aplikasi MyTeksi.
"Saya percaya, MyTeksi berpotensi meningkatkan pengalaman pengguna
teksi di Malaysia. Kami telah melibatkan diri sejak di peringkat awal
dengan menyediakan pelbagai khidmat rundingan teknikal dan teknologi.
"Antaranya seperti konsep perniagaan, pembangunan teknologi,
percubaan awal pasaran dan seterusnya penggunaan perkhidmatan MyTeksi.
"Pelancaran ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk bekerjasama
dengan pembekal dan pelanggan perniagaan kami bagi membangunkan
perniagaan yang inovatif serta relevan dengan pasaran Malaysia,"
jelasnya.
Majlis pelancaran MyTeksi itu dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.
Tuesday, June 26, 2012
PKS disaran Sertai E-Dagang

SME Corp Malaysia menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
menceburi bidang e-dagang memandangkan potensi pasaran elektronik itu
mempunyai jangkauan lebih besar daripada pasaran tradisional.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim berkata, e-pasaran membolehkan firma mencapai pelanggan lebih berpotensi, menyebabkan peningkatan dalam bilangan pesaing, di samping menghapus halangan geografi.
“Salah satu kelebihan e-dagang syarikat kecil dapat bersaing dengan firma lebih besar dari segi kualiti dan akses,” kata nya pada majlis menandatangani perjanjian antara Multimedia Prospect Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh ManagePay System Bhd, dan Bpost International di Kuala Lumpur, semalam.
Perjanjian itu bertujuan mempercepatkan penggunaan e-dagang di Malaysia dengan perkhidmatan laluan perdagangan antarabangsa.
Hafsah berkata, kajian yang dilaksanakan Google baru-baru ini mendedahkan bahawa Internet menyumbang 4.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar di Malaysia, lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan China (2.6 peratus).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ManagePay Chew Chee Seng berkata, perjanjian tersebut membuka jalan bagi ManagePay memanfaatkan kepakaran dan infrastruktur Bpost International menyerahkan bungkusan merentas sempadan e-peniaga di Malaysia ke destinasi di Eropah pada masa yang tepat, dalam keadaan baik dan efisien dari segi kos.

Sumber : Sinar Harian 26/06/2012
SME Business TV Portal Informasi Perniagaan

OUTLOUD Studios Entertainment Communication Media Group
sebuah syarikat komunikasi media hiburan di Malaysia melancarkan projek
perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT), platform atas
talian media untuk komuniti perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
Projek itu dinamakan SMEBusiness dan TV beroperasi awal bulan ini.
Diasaskan pada 2003, outLOUD Studios dijadikan sebagai pusat industri hiburan dan komunikasi media dengan menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan industri ini.
"SME Business TV merupakan portal TV yang memberi informasi dan tip-tip kejayaan sesebuah organisasi PKS. Ia terdiri daripada pelbagai pilihan segmen seperti program perniagaan, bual bicara perniagaan, latihan perniagaan dan acara bisnes," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, objektif utama portal ini sebagai platform untuk memberi pendekatan tentang gabungan dua perniagaan iaitu media hiburan dan pendidikan untuk PKS di Malaysia dan seantero dunia.
Selain itu juga, ia dapat memupuk pembangunan perusahaan tempatan terutama membina dan memajukan industri kecil dan sederhana ( IKS ) ke tahap yang mampu menyumbang dana ekonomi negara sekali gus memberi peluang pemilik usahawan kecil sederhana berkembang.
Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutifnya, Ernie Chen berkata, idea ini tercetus kerana syarikat ingin memastikan PKS di Malaysia terus maju di mata dunia.
“SME BusinessTV segar dan terkini dengan menyokong industri IT negara yang lebih relevan dan berinformasi kepada PKS”, katanya.

Monday, June 25, 2012
Tips Kesihatan Di Hujung Jari
APABILA melihat kepada gaya hidup segelintir masyarakat Malaysia pada
masa kini, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka tidak mempunyai masa
untuk menitikberatkan perihal penjagaan kesihatan diri.
Malah ada yang menganggap pemeriksaan kesihatan hanya diperlukan ketika tahap kesihatan diri terjejas.
Oleh kerana itu, mereka turut beranggapan bahawa tip penjagaan
kesihatan juga tidak penting untuk diterokai kerana ia merupakan
pengetahuan am semata-mata.
Menyedari situasi tersebut yang dilihat mampu mempengaruhi tahap
kesihatan segelintir masyarakat di negara ini, syarikat telekomunikasi
Maxis Berhad. (Maxis) mengambil inisiatif bekerjasama dengan pusat
perubatan kardiovaskular dan torasik Institut Jantung Negara (IJN) dalam
menawarkan panduan kesihatan kepada pengguna rangkaian tersebut.
Melaluinya, penguna Maxis memperoleh perkhidmatan penjagaan kesihatan
khususnya mengenai jantung melalui teknologi mudah alih yang dilihat
mampu memberi kesedaran kepada semua pelanggan talian tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J. Amarasekera,
IJN akan bertindak selaku pemberi maklumat utama berhubung penjagaan
kesihatan jantung dan maklumat tersebut disalurkan oleh pakar-pakar dari
institusi itu sendiri.
Katanya, para pelanggan hanya perlu mengakses perkhidmatan berkenaan
daripada telefon mudah alih yang mempunyai ciri-ciri khidmat pesanan
ringkas (SMS), peranti pintar atau laman web.
"Kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan tip kesihatan
jantung, mereka boleh melanggannya daripada Maxis dan akan menikmati
kemudahan tersebut melalui SMS pada setiap tiga kali seminggu.
"Selain itu, bagi pelanggan yang mempunyai telefon pintar, mereka
boleh mengakses maklumat penting berkaitan kesihatan jantung secara
percuma melalui kaedah memuat turun aplikasi telefon pintar baru myHealthyHeart.
katanya pada majlis pelancaran aplikasi tersebut di ibu negara
baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Maxis Berhad, Tan Sri Arshad Uda.
Suren berkata, orang ramai turut berpeluang mendapatkan pelbagai
maklumat berkaitan kesihatan jantung menerusi akses web iaitu dengan
mengunjungi portal kesihatan health.mylaunchpad.com.my.
Selain itu katanya, Maxis juga akan turut menyumbang sebanyak 10
peratus daripada hasil penjanaan perkhidmatan SMS tersebut kepada
Yayasan IJN untuk program bantuan pesakit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof. Datuk Dr.
Mohd. Azhari Yakub berharap perkhidmatan seperti ini akan dimanfaatkan
oleh rakyat Malaysia dalam usaha membantu meningkatkan gaya hidup
mereka.
"Kerjasama ini dilihat mampu untuk mencapai objektifnya kerana
kedua-dua organisasi mempunyai kekuatan serta pengkhususan yang saling
melengkapi.
"Di samping itu juga, dengan adanya kerjasama pintar seperti ini ia
mampu meningkatkan kesejahteraan orang ramai sejajar dengan kelangsungan
teknologi pintar terkini," katanya.
Sumber : Utusan Online 25/06/2012
TaxiMonger - Teksi Hujung Jari
KUALA LUMPUR: Pengenalan TaxiMonger, satu perkhidmatan pusat
panggilan teksi maya yang mengendalikan tempahan teksi secara atas
talian menggunakan teknologi telefon pintar Android, kini menjadi
kemudahan terbaru kepada orang ramai hasil kecanggihan teknologi.
Pengguna juga boleh membuat tempahan melalui TaxiMonger.com bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar.
Pengasas Bersama TaxiMonger, Nizreen Noordin berkata, perkhidmatan itu boleh diguna pakai sesiapa saja yang mempunyai telefon pintar jenis Android memandangkan ia sudah dilancarkan sejak April lalu manakala Februari bagi pelancaran laman webnya.
Katanya, muat turun aplikasi adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai ahli.
Nizreen berkata, proses membuat tempahan cukup mudah, malah pengguna akan mendapat maklum balas dalam masa singkat tanpa perlu menunggu lama.
“Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi TaxiMonger di telefon mereka dan mendaftar sebagai ahli berpandukan langkah yang tertera di situ dan secara automatik, pengguna mempunyai akaun TaxiMongernya sendiri.
“Sekiranya hendak membuat tempahan, pelanggan perlu memilih butang
tempahan dan memasukkan maklumat seperti lokasi mereka, destinasi
dituju, jenis teksi sama ada bajet atau limosin, tarikh, masa serta
bilangan penumpang. “Semua maklumat itu akan dihantar terus kepada
pemandu teksi yang berada di kawasan berdekatan sebelum menghantar
maklum balas untuk mengambil pelanggan terbabit,” katanya yang
menjelaskan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Celcom diwujudkan
bagi mengukuhkan perkhidmatan itu.
Menurutnya, nombor pendaftaran teksi yang akan mengambil penumpang terbabit akan dihantar kepada telefon penumpang bagi memudahkan mereka mengenal pasti teksi berkenaan.
“Daripada segi bayaran, pelanggan hanya perlu membayar caj
perjalanan bergantung kepada bacaan meter seperti biasa. Ini kerana
apabila mereka membuat tempahan, caj RM2 yang dikenakan akan ditolak
daripada kredit telefon pengguna melalui akaun TaxiMonger.
“Apabila teksi tiba untuk mengambil pelanggan, mereka tidak akan dikenakan caj tempahan lagi kerana RM2 sudah ditolak sebelum itu,” katanya yang menjelaskan perkara sama turut berlaku bagi tempahan melalui laman web.
Menurutnya, RM1.50 daripada caj RM2 akan diberikan kepada pemandu teksi setiap bulan bergantung berapa banyak tempahan yang diambilnya dan bayaran itu akan dimasukkan ke dalam akaun mereka manakala 50 sen lagi disalur kepada caj perkhidmatan atas talian yang mereka gunakan.
Nizreen berkata, caj RM50 dikenakan kepada pemandu teksi setiap bulan sebagai yuran perkhidmatan TaxiMonger.
Katanya, perkhidmatan itu ketika ini hanya boleh diakses pengguna telefon pintar Android dan pengguna BlackBberry dijangka dapat menikmatinya menjelang Oktober manakala Ogos bagi pengguna iPhone (iOS).
Katanya, bukan hanya tempahan serta-merta boleh dibuat, malah pelanggan juga boleh menempah teksi lebih awal untuk mengelakkan kesulitan pada saat akhir.
Menurutnya, pengguna diberi masa 15 minit untuk menunggu ketibaan teksi selepas membuat tempahan dan sekiranya tidak muncul, mereka diberi pilihan sama ada mahu membatalkan tempahan atau menunggu teksi seterusnya.
Katanya, setakat ini, sambutan diterima cukup menggalakkan, malah empat syarikat teksi sudah menjadi rakan kongsi projek itu dengan mendaftar pemandu teksi mereka sebagai ahli. Empat syarikat itu ialah Saujana Teksi Berhad, SM Cab Sdn Bhd, Zalnas Limosin Sdn Bhd dan Warisan Astana Sdn Bhd.
“Sepanjang lebih empat bulan pengenalan TaxiMonger, dianggarkan lebih 100 pemandu teksi sudah berdaftar dan kami menyasarkan 5,000 pemandu teksi di sekitar Lembah Klang akan menjadi ahli sehingga hujung tahun ini.
“Selain itu, penganjuran hari terbuka untuk pemandu teksi Lembah Klang pada 27 Jun ini, di Anjung Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak diadakan bagi memberi ruang kepada pemandu teksi untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan TaxiMonger,” katanya.
Nizreen berkata, TaxiMonger turut bekerjasama dengan SecQ.me iaitu aplikasi yang boleh diperoleh melalui platform Android dan iOS yang sudah dipatenkan di Malaysia dan seluruh dunia bagi melindungi pemandu dan penumpang daripada menjadi sasaran penjenayah kerana setiap pergerakan akan dirakamkan.
Menurutnya, ketika ini, TaxiMonger hanya ditawarkan kepada pengguna sekitar Lembah Klang, namun ia dijangka diperluaskan di Johor dan Pulau Pinang pada tahun depan.
Sumber : Harian Metro 25/06/2012
Saturday, June 23, 2012
Cara Menyembunyikan Folder
Bila anda menggunakan komputer pada pejabat ataupun dirumah yang juga digunakan oleh teman ataupun ahli keluarga anda, adakalanya kita ingin agar file-file kita yang bersifat privasi tidak dibuka oleh orang lain.
Cara umumnya adalah dengan membuat 2 user account pada windows anda. Cara lain adalah dengan menggunakan software pihak ketiga seperti Folder Lock, EncriptonClick, Folder Guard dsb.
Disamping menggunakan software kunci file seperti diatas untuk menyembunyikan file, juga terdapat beberapa cara lain dengan tanpa menggunakan software, diantaranya dengan menggunakan arahan kecil pada DOS, Notepad ataupun dengan beberapa kombinasi pada keyboard.
Cara yang akan dibincangkan kali ini adalah dengan menggunakan kombinasi pada keyboard. Ini adalah langkah-langkahnya:

1. Klik kanan pada folder yang ingin anda sembunyikan, lalu pilih Rename.
2. Segera tekan tombol ALT pada keyboard lalu tekan secara berurutan 0160 atau 255 pada keyboard anda. Setelah itu lepas tombol ALT yang tengah anda tekan. Bila benar maka nama folder akan berubah menjadi isian kosong seperti gambar dibawah. Tekan Enter
Jangan risau, sekarang folder anda sudah tak bernama, Kini langkah
selanjutnya adalah menghilangkan folder tersebut hingga tak kelihatan.
3. Klik kanan pada folder > Properties. Lalu pada bahagian Customize, di bahagian kiri bawah pilih change icon..
4. Disini terdapat banyak icon-icon standard dari Windows, bila anda meneliti sedikit ke sebelah kanan, anda akan nampak ikon putih kosong (seperti gambar dibawah). Pilihlah icon
kosong tersebut dan tekan Ok. Lalu tekan Apply
Jangan panik bila folder yang baru saja anda otak-atik kini sudah “hilang” dari pandangan anda.
Lalu kemanakah folder tersebut? Sebenarnya folder tersebut tetap ada di situ. Anda hanya perlu klik cursor
mouse anda pada ruang kosong di sekitarnya, folder tu dapat ditemui.
Kini langkah berikutnya adalah, pindahkan folder tersebut ditempat
yang menurut anda “paling selamat" . Boleh 'disorok' di program files atau di
C:/windows/system32 dan tempat lain yang sesuai mengikut keinginan anda.
3 Cara Mematikan AutoRun Pada Komputer
AutoRun adalah sebuah ciri yang terdapat pada windows yang berfungsi untuk menjalankan secara automatik fungsi-fungsi pada CD/DVD Rom, External Hardisk atau Flashdisk.
Secara lalai ciri-ciri ini sudah aktif secara automatik. Namun di sebalik kegunaan dari ciri AutoRun ini ternyata dapat dimanfaatkan oleh virus-virus windows untuk menjangkiti komputer anda. Oleh kerana itu ada baiknya anda mematikan ciri AutoRun ini dan melakukan browse file secara manual melalui windows explorer. Berikut ini akan dijelaskan 3 cara untuk mematikan autorun pada komputer.
Cara Automatik
Cara paling mudah untuk me-matikan ciri autorun tanpa mengubah registry adalah dengan menekan butang SHIFT pada keyboard pada saat CD / DVD dimasukkan kedalam Drive CD / DVD atau pada saat flashdisk / harddisk luaran dihubungkan pada port usb.
Dengan menekan SHIFT selama 5-10 saat, ciri autorun akan tidak aktif.
Dengan menekan SHIFT selama 5-10 saat, ciri autorun akan tidak aktif.
Melalui Registry
Cara kedua adalah mengubahnya melalui registry editor, caranya adalah:
- Klik Start Menu > Run. Lalu taipkan Regedit. Lalu Enter
- Kemudian klik folder-folder berikut: HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
- Setelah itu klik Edit > New > DWORD Value. Dan berilah nama pada value baru tersebut dengan NoDriveAutoRun. lalu Ok.
- Kemudian double klik pada NoDriveAutoRun tersebut dan masukkan nilai 3ffffff (parameter: hexadecimal). Lalu Ok
- Setelah itu Restart komputer anda.
Melalui Group Policy
Cara ketiga adalah mematikannya melalui setting pada Group policy.
- Klik Start Menu > Run. Kemudian taipkan gpedit.msc Lalu Enter
- Kemudian pada bahagian Computer Configuration, klik Administrative Templates / System
- Pada bahagian kanan tetingkap double klik pada pilihan Turn off Autoplay.
- Kemudian semak pilihan Enable dan pilih All Drive (bila anda ingin mematikan autorun baik pada cd/dvd, harddisk, USB) atau pilih CDROM bila anda hanya ingin mematikan autorun yang berasal dari CD/DVD Rom saja)
- Klik Apply. Lalu Ok
Pada Windows Vista atau 7:
- Masuk ke menu Group policies (gpedit.msc)
- Ke bahagian Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Components. Kemudian klik Autorun Policies
- Kemudian double klik tulisan Turn off Autoplay pada bahagian panel Details.
- Pilihlah Enable dan All drives (sama seperti diatas)
Demikian lah cara-cara untuk mematikan autorun pada komputer anda
Pakej Celcom Broadband Ipad Serendah RM70

Celcom Axiata Berhad menawarkan iPad baru bermula hari ini daripada serendah RM1329 dengan kontrak 24 bulan. [En. Afizulazha Abdullah, Ketua Operasi, Data Lanjutan Celcom Axiata Berhad (tengah) membongkar tablet baru dan pakej bersama-sama dengan tiga pelanggan pertama, (dari 2 dari kiri) Ng Kok Leong, Norhasrina Saderi, dan Rizuan Abdul Razak] Bersempena dengan pelancaran, Celcom memperkenalkan dua pelan yang khusus untuk tablet baru - Celcom Broadband iPad Asas di RM70/month dan Celcom Broadband iPad Pendahuluan pada RM100/Bulan - dengan kelajuan sehingga 3.6Mbps dan 7.2Mbps dan kuota 4.5Gb dan 7Gb yang masing-masing.
Sumber : celcom.com.my
Thursday, June 21, 2012
Apa itu 4G?

4G @ Fourth Generation (4G) mobiles yang juga dipanggil sebagai Sistem Komunikasi Generasi keempat, adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan langkah seterusnya dalam komunikasi tanpa wayar. Satu sistem 4G boleh menyediakan satu penyelesaian yang komprehensif IP di mana suara, data dan streaming multimedia boleh diberikan kepada pengguna atas "Anytime, Anywhere". Kadar pemindahan data juga lebih tinggi daripada generasi sebelumnya.
Objektif utama 4G adalah:
1) 4G akan menjadi satu sistem bersepadu berasaskan IP sepenuhnya.
2) ini akan mampu menyediakan 100 Mbit / s dan 1 Gbit / s kelajuan kedua-dua rumah dan luar.
3) Ia boleh memberikan perkhidmatan yang berkualiti premium dan keselamatan yang tinggi.
4) 4G menawarkan semua jenis perkhidmatan pada kos yang berpatutan.
4G dibangunkan untuk menyediakan kualiti perkhidmatan yang tinggi (QoS) dan keperluan kadar yang ditetapkan oleh permohonan yang akan datang seperti akses jalur lebar tanpa wayar, Pesanan Multimedia, Video Chat, Mobile TV, kandungan TV definisi tinggi, DVB, perkhidmatan minimum seperti suara dan data, dan lain-lain streaming perkhidmatan.
Teknologi 4G membenarkan penghantaran SMOOTH video berkualiti tinggi. Ia akan membolehkan muat turun cepat-panjang lagu penuh atau peralatan muzik dalam masa nyata.
Perniagaan dan populariti 4Gmobiles diramalkan menjadi sangat luas. Secara purata, menjelang tahun 2009, ini pasaran 4Gmobile akan menjadi lebih $ 400B dan ia akan menguasai komunikasi wayarles, dan sistem tertumpu akan menggantikan wayarles infrastruktur yang paling konvensional.
Kadar Data 4G:
Kelajuan memuat turun untuk sambungan Internet mudah alih adalah daripada 9.6 kbit / s untuk 2G selular pada masa ini. Walau bagaimanapun, dalam penggunaan sebenar kadar data biasanya lebih perlahan, terutamanya di kawasan yang sesak, atau apabila terdapat kesesakan dalam rangkaian.
4G mudah alih kadar penghantaran data yang dirancang untuk menjadi sehingga 20 megabit sesaat yang bermaksud bahawa ia akan menjadi kira-kira 10-20 kali lebih cepat daripada standard perkhidmatan ASDL.
Dalam segi benih sambungan, 4G akan menjadi kira-kira 200 kali lebih cepat daripada 2G hadir kadar data mudah alih, dan kira-kira 10 kali ganda lebih cepat daripada jalur lebar mudah alih 3G. Kadar data 3G kini 2Mbit/sec, yang sangat cepat berbanding 9.6Kbit/sec 2G.

Wednesday, June 20, 2012
Microsoft Surface Cabar Pasaran Ipad Apple

LOS ANGELES: Microsoft semalam mempamerkan komputer tablet
pertamanya, Surface, dalam usaha mereka bersaing dengan iPad keluaran
Apple.
Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer, menggambarkan
pencabar ipad itu - dilengkapi penutup yang juga berfungsi sebagai papan
kekunci - sebagai tablet yang berfungsi untuk “kerja dan bermain-main.”
Surface juga menjadi nama kepada komputer skrin sesentuh yang
dikeluarkan Microsoft untuk pasaran bisnes di restoran, kedai, bar serta
tempat lain. Orang ramai yang menghadiri majlis di sebuah studio
Hollywood itu begitu teruja ketika pelbagai ciri Surface dibentangkan.
Majlis berkenaan juga sempat membuat Presiden Windows dan Windows Live, Steven Sinofsky, cemas seketika apabila model pertama Surface yang diperkenalkannya gagal bertindak balas terhadap sentuhan.
Sinofsky berhenti seketika bagi mengambil unit lain dan lega apabila
alat itu berfungsi sepenuhnya. Surface beroperasi menggunakan perisian
Windows RT yang dihasilkan untuk cip peranti mudah alih ARM. Menurut
Ballmer, Surface adalah peranti perkomputeran baru yang diperkenalkan
Microsoft.
“Ia menyatukan kelebihan perkakasan dan perisian yang saling bersaing,” katanya. Microsoft tidak menyatakan secara khusus bila Surface akan berada di pasaran tetapi dipercayai dijual serentak dengan pengeluaran perisian Windows 8 akhir tahun ini. - AFP
Sumber : Harian Metro 19/06/2012
Tuesday, June 19, 2012
Ubah Interface Google
Pada posting kali ini ,saya ingin share kepada teman-teman tentang "bagaimana untuk merubah paparan "interface google" pada home page.
Untuk membuatnya :
- Layari site "007google.com "
- Kemudian tuliskan nama korang dipetak yang disediakan untuk dijadikan paparan search engine interface.
- Pilih style nama paparan anda ,jika style yang tersedia menurut anda kurang menarik, teman teman boleh klik More Logo Styles and Colors >> maka akan muncul paparan style yang lebih menarik.
- Setelah teman-teman selesai mengedit ,maka klik "Create my search engine". Hasilnya seperti di atas.
- Untuk menjadikannya homepage kat komputer korang maka yang harus kita lakukan adalah :copy address yang telah dibuat tadi di address homepagenya
Mozilla Firefox >Tools>Options>Homepage
Google Chrome>Options>Basics>Open the Homepage>Show Home Button
Google Chrome>Options>Basics>Open the Homepage>Show Home Button