Celcom Axiata Berhad (Celcom) bakal menyediakan perkhidmatan jalur lebar
tanpa wayar WiFi di kesemua bas Ekspres Transnasional di Semenanjung
Malaysia serentak pelancaran projek dikenali sebagai '57 coach-mate’,
semalam.
Sebagai permulaan, sewaan tablet akan disediakan di lebih 200 laluan Transnasional bagi fasa pertama yang dilaksanakan di bandar utama di selatan tanah air mulai bulan depan dengan harga promosi RM4 untuk setiap penumpang.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, dengan liputan meluas dan kelajuan yang tinggi, Celcom beri peluang kepada pengguna tablet menggunakan peranti ini dengan sepenuhnya di Wilayah Celcom.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama bersama Sinar Aki dan Transnasional bagi menyediakan perkhidmatan ini,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai perancangan akan datang, Sinar Aki akan memasang sehingga 7200 tablet ke dalam 500 bas Transnasional menjelang hujung tahun, dan jumlah tablet dijangka bertambah sehingga 21,600 unit bergantung kepada permintaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Aki, Noor Azhar Abu Kassim berkata, buat masa ini, 57 aplikasi luar talian ditawarkan termasuk 30 aplikasi permainan, 20 aplikasi pembelajaran untuk kanak-kanak, tujuh aplikasi produktiviti seperti Microsoft Office dan kamus, serta aplikasi atas talian lain seperti laman sesawang Youtube.
Katanya, untuk tiga bulan pertama, pihaknya beri lebih perhatian memantau kandungan digital tablet bagi pastikan penumpang berpuas hati dengan produk dan harga yang ditawarkan.
Untuk permulaan juga, perkhidmatan ini hanya bagi perjalanan dua hingga lima jam sesuai dengan ketahanan bateri. Bagaimanapun, bagi perjalanan lebih panjang, ia akan dilaksana pada fasa kedua bermula September ini.

Sumber : Sinar Harian 29/06/2012