Selamat Datang

Selamat Datang

News TM Agent

TM Business Broadband (Streamyx & Unifi) Not Allow To Register Under Personal Name Effective On 1st of July 2012.
(Date: 2012/6/29)
Please to inform that, all TM Business Braodband's (Streamyx & Unifi) applications are not allow to register under personal name effective on 1st of July 2012. All application must be registered by using company name with business registration number (BR no).

Thursday, June 28, 2012

Maxis Yakin Perkhidmatan IPTV


MAXIS Berhad (Maxis) yakin perkhidmatan Maxis televisyen protokol Internet (IPTV) akan dapat diakses 1.2 juta pengguna jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) sedia ada apabila mula dilancarkan Julai ini.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, Maxis menjalin kerjasama strategik bersama 14 penyedia kandungan yang membolehkan Maxis menyampaikan filem termasuk berdefinisi tinggi (HD) dan tiga dimensi (3D) serta tujuh saluran percuma.

Pengerusinya, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, selain pengguna HSBB, perkhidmatan ini juga dapat digunakan 40,000 pengguna berdaftar Internet Gentian Maxis Home.

“Majlis tandatangan hari ini (semalam) adalah pencapaian penting untuk Maxis kerana ia melambangkan komitmen kami memperkayakan kehidupan pelanggan. Ia juga detik penting untuk pengguna Internet Gentian Maxis Home di mana tidak lama lagi, mereka akan dapat menikmati kandungan televisyen melalui perkhidmatan IPTV.

“Kerjasama ini juga sekali gus menyokong inisiatif kerajaan memajukan Industri Kandungan Kreatif Malaysia melalui penyampaian cara baru kepada orang ramai,” katanya ketika majlis menandatangani kerjasama strategik bersama 14 penyedia kandungan, di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan akan mewujudkan infrastruktur yang kondusif bagi memenuhi permintaan global dan tempatan terhadap kandungan bernilai tinggi.

“Bagi tujuan ini, kerajaan telah menjadikan Komunikasi dan Infrastruktur Kandungan (CCI) sebagai salah satu bahagian penting dalam pelan tindakan.

“Menjelang 2020, sektor ini perlu membina infrastruktur pelaburan bagi memudahkan anjakan paradigma daripada penyediaan infrastruktur dan akses kepada aplikasi kandungan yang dapat membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum.

Katanya, industri ini di Malaysia dianggarkan bernilai RM16 bilion berdasarkan pengiklanan, permainan, muzik, animasi, kandungan digital, tv dan filem serta video. Tahun lalu, industri media menjana perolehan RM9.4 bilion dan menyumbang 1.27 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Sumber : Sinar Harian 28/06/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...