Selamat Datang

Selamat Datang

News TM Agent

TM Business Broadband (Streamyx & Unifi) Not Allow To Register Under Personal Name Effective On 1st of July 2012.
(Date: 2012/6/29)
Please to inform that, all TM Business Braodband's (Streamyx & Unifi) applications are not allow to register under personal name effective on 1st of July 2012. All application must be registered by using company name with business registration number (BR no).

Friday, June 29, 2012

PC Tablet Google Dijual RM636

 

SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).
Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan. - Agensi

Sumber : Kosmo Online 29/06/2012

Nikmati WIFI Dalam Bas

Nikmati WiFi dalam bas

Celcom Axiata Berhad (Celcom) bakal menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar WiFi di kesemua bas Ekspres Transnasional di Semenanjung Malaysia serentak pelancaran projek dikenali sebagai '57 coach-mate’, semalam.

Sebagai permulaan, sewaan tablet akan disediakan di lebih 200 laluan Transnasional bagi fasa pertama yang dilaksanakan di bandar utama di selatan tanah air mulai bulan depan dengan harga promosi RM4 untuk setiap penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, dengan liputan meluas dan kelajuan yang tinggi, Celcom beri peluang kepada pengguna tablet menggunakan peranti ini dengan sepenuhnya di Wilayah Celcom.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama bersama Sinar Aki dan Transnasional bagi menyediakan perkhidmatan ini,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Sebagai perancangan akan datang, Sinar Aki akan memasang sehingga 7200 tablet ke dalam 500 bas Transnasional menjelang hujung tahun, dan jumlah tablet dijangka bertambah sehingga 21,600 unit bergantung kepada permintaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Aki, Noor Azhar Abu Kassim berkata, buat masa ini, 57 aplikasi luar talian ditawarkan termasuk 30 aplikasi permainan, 20 aplikasi pembelajaran untuk kanak-kanak, tujuh aplikasi produktiviti seperti Microsoft Office dan kamus, serta aplikasi atas talian lain seperti laman sesawang Youtube.

Katanya, untuk tiga bulan pertama, pihaknya beri lebih perhatian memantau kandungan digital tablet bagi pastikan penumpang berpuas hati dengan produk dan harga yang ditawarkan.

Untuk permulaan juga, perkhidmatan ini hanya bagi perjalanan dua hingga lima jam sesuai dengan ketahanan bateri. Bagaimanapun, bagi perjalanan lebih panjang, ia akan dilaksana pada fasa kedua bermula September ini.

Sumber : Sinar Harian 29/06/2012

Thursday, June 28, 2012

Maxis Yakin Perkhidmatan IPTV


MAXIS Berhad (Maxis) yakin perkhidmatan Maxis televisyen protokol Internet (IPTV) akan dapat diakses 1.2 juta pengguna jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) sedia ada apabila mula dilancarkan Julai ini.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, Maxis menjalin kerjasama strategik bersama 14 penyedia kandungan yang membolehkan Maxis menyampaikan filem termasuk berdefinisi tinggi (HD) dan tiga dimensi (3D) serta tujuh saluran percuma.

Pengerusinya, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, selain pengguna HSBB, perkhidmatan ini juga dapat digunakan 40,000 pengguna berdaftar Internet Gentian Maxis Home.

“Majlis tandatangan hari ini (semalam) adalah pencapaian penting untuk Maxis kerana ia melambangkan komitmen kami memperkayakan kehidupan pelanggan. Ia juga detik penting untuk pengguna Internet Gentian Maxis Home di mana tidak lama lagi, mereka akan dapat menikmati kandungan televisyen melalui perkhidmatan IPTV.

“Kerjasama ini juga sekali gus menyokong inisiatif kerajaan memajukan Industri Kandungan Kreatif Malaysia melalui penyampaian cara baru kepada orang ramai,” katanya ketika majlis menandatangani kerjasama strategik bersama 14 penyedia kandungan, di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan akan mewujudkan infrastruktur yang kondusif bagi memenuhi permintaan global dan tempatan terhadap kandungan bernilai tinggi.

“Bagi tujuan ini, kerajaan telah menjadikan Komunikasi dan Infrastruktur Kandungan (CCI) sebagai salah satu bahagian penting dalam pelan tindakan.

“Menjelang 2020, sektor ini perlu membina infrastruktur pelaburan bagi memudahkan anjakan paradigma daripada penyediaan infrastruktur dan akses kepada aplikasi kandungan yang dapat membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum.

Katanya, industri ini di Malaysia dianggarkan bernilai RM16 bilion berdasarkan pengiklanan, permainan, muzik, animasi, kandungan digital, tv dan filem serta video. Tahun lalu, industri media menjana perolehan RM9.4 bilion dan menyumbang 1.27 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Sumber : Sinar Harian 28/06/2012

Wednesday, June 27, 2012

MyTeksi - Cara Pantas Dapatkan Teksi

TEKSI merupakan salah satu pengangkutan pilihan bagi kebanyakan pengguna di Malaysia untuk menuju ke destinasi yang diingini. Pengguna boleh menunggu di tepi jalan atau menghubungi pihak yang mengendalikan perkhidmatan tersebut.

Meskipun ramai yang memilih pengangkutan awam lain seperti bas, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) atau monorel, namun hakikatnya teksi masih relevan dalam dunia hari ini.

Dalam usaha menawarkan kelainan kepada pengguna, MyTeksi telah melancarkan perkhidmatan tempahan teksi secara mudah alih yang pertama di Malaysia. Ia membolehkan penumpang untuk menempah teksi dengan mudah menggunakan telefon pintar dan tablet (iOS dan Android) selain menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pengurus Besar MyTeksi, Chew Wei Chuan berkata, khidmat tempahan teksi secara mudah alih yang inovatif ini dipacu oleh teknologi mesin ke mesin (M2M) Maxis dan menggunakan keupayaan Maxis sebagai pembekal perkhidmatan rangkaian 3G serta 2G terbesar di Malaysia.

"Kelainan tempahan teksi secara digital baharu ini terletak kepada keupayaannya untuk membolehkan penumpang menempah teksi dengan sebarang alat mudah alih, memadankan penumpang dengan pemandu teksi terdekat dan memberikan pengesahan segera.

"Penumpang teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi IOS, aplikasi Android atau SMS, boleh mendapat pengesahan dalam tempoh tiga minit. Selain itu, mereka turut diberikan nombor plat teksi, nama pemandu, anggaran masa ketibaan serta tambang," jelas Wei Chuan dalam satu sidang media baru-baru ini.
MyTeksi merupakan perkhidmatan tempahan teksi mudah alih pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar untuk menempah dan menghantar teksi.
Sejak tahun 2011, pemandu teksi telah menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar MyTeksi untuk menerima tempahan melalui SIM M2M Maxis untuk berkomunikasi dengan serta-merta.
Menurut Wei Chuan, pihaknya telah melaburkan RM500,000 bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan aplikasi MyTeksi.

Menyokong inisiatif
Berdasarkan maklum balas yang diterima, pihaknya turut mensasarkan untuk menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand menjelang tahun hadapan dengan aplikasi ciptaan mereka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Teksi Wilayah Persekutuan & Selangor, Datuk Aslah Abdullah memberitahu, pihaknya menyokong penuh inisiatif yang dilakukan MyTeksi dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

"Seramai 120 pemandu teksi telah menggunakan MyTeksi sejak bulan September tahun lalu. Hasilnya memang memberangsangkan kerana pelanggan kami gembira dengan perkhidmatan yang mereka terima.

"Justeru, saya berharap semua pemandu teksi yang ada boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk jaminan pendapatan yang lebih tinggi," ujar Pengerusi Comfort Communication Sdn. Bhd. (Comfort Taxi) itu.

Syarikat, persatuan dan koperasi teksi utama selain Comfort Taxi, sudah pun dalam proses menguji sistem MyTeksi. Buat permulaan, perkhidmatan ini hanya boleh didapati di sekitar Lembah Klang. Namun, ia akan dikembangkan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Dalam pada itu, Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah melahirkan rasa bangga kerana menjadi rakan teknologi bagi usaha terbaharu membangunkan aplikasi MyTeksi.

"Saya percaya, MyTeksi berpotensi meningkatkan pengalaman pengguna teksi di Malaysia. Kami telah melibatkan diri sejak di peringkat awal dengan menyediakan pelbagai khidmat rundingan teknikal dan teknologi.

"Antaranya seperti konsep perniagaan, pembangunan teknologi, percubaan awal pasaran dan seterusnya penggunaan perkhidmatan MyTeksi.

"Pelancaran ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk bekerjasama dengan pembekal dan pelanggan perniagaan kami bagi membangunkan perniagaan yang inovatif serta relevan dengan pasaran Malaysia," jelasnya.

Majlis pelancaran MyTeksi itu dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

 
Sumber : Kosmo Online 27/06/2012

Tuesday, June 26, 2012

PKS disaran Sertai E-Dagang

PKS disaran sertai e-dagang

SME Corp Malaysia menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menceburi bidang e-dagang memandangkan potensi pasaran elektronik itu mempunyai jangkauan lebih besar daripada pasaran tradisional.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim berkata, e-pasaran membolehkan firma mencapai pelanggan lebih berpotensi, menyebabkan peningkatan dalam bilangan pesaing, di samping menghapus halangan geografi.

“Salah satu kelebihan e-dagang syarikat kecil dapat bersaing dengan firma lebih besar dari segi kualiti dan akses,” kata nya pada majlis menandatangani perjanjian antara Multimedia Prospect Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh ManagePay System Bhd, dan Bpost International di Kuala Lumpur, semalam.

Perjanjian itu bertujuan mempercepatkan penggunaan e-dagang di Malaysia dengan perkhidmatan laluan perdagangan antarabangsa.

Hafsah berkata, kajian yang dilaksanakan Google baru-baru ini mendedahkan bahawa Internet menyumbang 4.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar di Malaysia, lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan China (2.6 peratus).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ManagePay Chew Chee Seng berkata, perjanjian tersebut membuka jalan bagi ManagePay memanfaatkan kepakaran dan infrastruktur Bpost International menyerahkan bungkusan merentas sempadan e-peniaga di Malaysia ke destinasi di Eropah pada masa yang tepat, dalam keadaan baik dan efisien dari segi kos.

Sumber : Sinar Harian 26/06/2012

SME Business TV Portal Informasi Perniagaan

SME Business TV portal informasi perniagaan

OUTLOUD Studios Entertainment Communication Media Group sebuah syarikat komunikasi media hiburan di Malaysia melancarkan projek perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT), platform atas talian media untuk komuniti perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

Projek itu dinamakan SMEBusiness dan TV beroperasi awal bulan ini.

Diasaskan pada 2003, outLOUD Studios dijadikan sebagai pusat industri hiburan dan komunikasi media dengan menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan industri ini.

"SME Business TV merupakan portal TV yang memberi informasi dan tip-tip kejayaan sesebuah organisasi PKS. Ia terdiri daripada pelbagai pilihan segmen seperti program perniagaan, bual bicara perniagaan, latihan perniagaan dan acara bisnes," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, objektif utama portal ini sebagai platform untuk memberi pendekatan tentang gabungan dua perniagaan iaitu media hiburan dan pendidikan untuk PKS di Malaysia dan seantero dunia.

Selain itu juga, ia dapat memupuk pembangunan perusahaan tempatan terutama membina dan memajukan industri kecil dan sederhana ( IKS ) ke tahap yang mampu menyumbang dana ekonomi negara sekali gus memberi peluang pemilik usahawan kecil sederhana berkembang.

Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutifnya, Ernie Chen berkata, idea ini tercetus kerana syarikat ingin memastikan PKS di Malaysia terus maju di mata dunia.

“SME BusinessTV segar dan terkini dengan menyokong industri IT negara yang lebih relevan dan berinformasi kepada PKS”, katanya.

Sumber : Sinar Harian 26/06/2012

Monday, June 25, 2012

Tips Kesihatan Di Hujung Jari


APABILA melihat kepada gaya hidup segelintir masyarakat Malaysia pada masa kini, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka tidak mempunyai masa untuk menitikberatkan perihal penjagaan kesihatan diri.
Malah ada yang menganggap pemeriksaan kesihatan hanya diperlukan ketika tahap kesihatan diri terjejas. 

Oleh kerana itu, mereka turut beranggapan bahawa tip penjagaan kesihatan juga tidak penting untuk diterokai kerana ia merupakan pengetahuan am semata-mata.

Menyedari situasi tersebut yang dilihat mampu mempengaruhi tahap kesihatan segelintir masyarakat di negara ini, syarikat telekomunikasi Maxis Berhad. (Maxis) mengambil inisiatif bekerjasama dengan pusat perubatan kardiovaskular dan torasik Institut Jantung Negara (IJN) dalam menawarkan panduan kesihatan kepada pengguna rangkaian tersebut. 

Melaluinya, penguna Maxis memperoleh perkhidmatan penjagaan kesihatan khususnya mengenai jantung melalui teknologi mudah alih yang dilihat mampu memberi kesedaran kepada semua pelanggan talian tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J. Amarasekera, IJN akan bertindak selaku pemberi maklumat utama berhubung penjagaan kesihatan jantung dan maklumat tersebut disalurkan oleh pakar-pakar dari institusi itu sendiri. 

Katanya, para pelanggan hanya perlu mengakses perkhidmatan berkenaan daripada telefon mudah alih yang mempunyai ciri-ciri khidmat pesanan ringkas (SMS), peranti pintar atau laman web.
"Kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan tip kesihatan jantung, mereka boleh melanggannya daripada Maxis dan akan menikmati kemudahan tersebut melalui SMS pada setiap tiga kali seminggu. 

"Selain itu, bagi pelanggan yang mempunyai telefon pintar, mereka boleh mengakses maklumat penting berkaitan kesihatan jantung secara percuma melalui kaedah memuat turun aplikasi telefon pintar baru myHealthyHeart. katanya pada majlis pelancaran aplikasi tersebut di ibu negara baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Maxis Berhad, Tan Sri Arshad Uda. 

Suren berkata, orang ramai turut berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan kesihatan jantung menerusi akses web iaitu dengan mengunjungi portal kesihatan health.mylaunchpad.com.my.

Selain itu katanya, Maxis juga akan turut menyumbang sebanyak 10 peratus daripada hasil penjanaan perkhidmatan SMS tersebut kepada Yayasan IJN untuk program bantuan pesakit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof. Datuk Dr. Mohd. Azhari Yakub berharap perkhidmatan seperti ini akan dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dalam usaha membantu meningkatkan gaya hidup mereka.

"Kerjasama ini dilihat mampu untuk mencapai objektifnya kerana kedua-dua organisasi mempunyai kekuatan serta pengkhususan yang saling melengkapi.

"Di samping itu juga, dengan adanya kerjasama pintar seperti ini ia mampu meningkatkan kesejahteraan orang ramai sejajar dengan kelangsungan teknologi pintar terkini," katanya.

Sumber : Utusan Online 25/06/2012

TaxiMonger - Teksi Hujung Jari

MUDAH...aplikasi TaxiMonger boleh diakses melalui telefon pintar Android. 

KUALA LUMPUR: Pengenalan TaxiMonger, satu perkhidmatan pusat panggilan teksi maya yang mengendalikan tempahan teksi secara atas talian menggunakan teknologi telefon pintar Android, kini menjadi kemudahan terbaru kepada orang ramai hasil kecanggihan teknologi.
Pengguna juga boleh membuat tempahan melalui TaxiMonger.com bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar.

Pengasas Bersama TaxiMonger, Nizreen Noordin berkata, perkhidmatan itu boleh diguna pakai sesiapa saja yang mempunyai telefon pintar jenis Android memandangkan ia sudah dilancarkan sejak April lalu manakala Februari bagi pelancaran laman webnya.
Katanya, muat turun aplikasi adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai ahli.

Nizreen berkata, proses membuat tempahan cukup mudah, malah pengguna akan mendapat maklum balas dalam masa singkat tanpa perlu menunggu lama.

“Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi TaxiMonger di telefon mereka dan mendaftar sebagai ahli berpandukan langkah yang tertera di situ dan secara automatik, pengguna mempunyai akaun TaxiMongernya sendiri.
“Sekiranya hendak membuat tempahan, pelanggan perlu memilih butang tempahan dan memasukkan maklumat seperti lokasi mereka, destinasi dituju, jenis teksi sama ada bajet atau limosin, tarikh, masa serta bilangan penumpang. “Semua maklumat itu akan dihantar terus kepada pemandu teksi yang berada di kawasan berdekatan sebelum menghantar maklum balas untuk mengambil pelanggan terbabit,” katanya yang menjelaskan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Celcom diwujudkan bagi mengukuhkan perkhidmatan itu.

Menurutnya, nombor pendaftaran teksi yang akan mengambil penumpang terbabit akan dihantar kepada telefon penumpang bagi memudahkan mereka mengenal pasti teksi berkenaan.
“Daripada segi bayaran, pelanggan hanya perlu membayar caj perjalanan bergantung kepada bacaan meter seperti biasa. Ini kerana apabila mereka membuat tempahan, caj RM2 yang dikenakan akan ditolak daripada kredit telefon pengguna melalui akaun TaxiMonger.

“Apabila teksi tiba untuk mengambil pelanggan, mereka tidak akan dikenakan caj tempahan lagi kerana RM2 sudah ditolak sebelum itu,” katanya yang menjelaskan perkara sama turut berlaku bagi tempahan melalui laman web.

Menurutnya, RM1.50 daripada caj RM2 akan diberikan kepada pemandu teksi setiap bulan bergantung berapa banyak tempahan yang diambilnya dan bayaran itu akan dimasukkan ke dalam akaun mereka manakala 50 sen lagi disalur kepada caj perkhidmatan atas talian yang mereka gunakan.

Nizreen berkata, caj RM50 dikenakan kepada pemandu teksi setiap bulan sebagai yuran perkhidmatan TaxiMonger.

Katanya, perkhidmatan itu ketika ini hanya boleh diakses pengguna telefon pintar Android dan pengguna BlackBberry dijangka dapat menikmatinya menjelang Oktober manakala Ogos bagi pengguna iPhone (iOS).

Katanya, bukan hanya tempahan serta-merta boleh dibuat, malah pelanggan juga boleh menempah teksi lebih awal untuk mengelakkan kesulitan pada saat akhir.

Menurutnya, pengguna diberi masa 15 minit untuk menunggu ketibaan teksi selepas membuat tempahan dan sekiranya tidak muncul, mereka diberi pilihan sama ada mahu membatalkan tempahan atau menunggu teksi seterusnya.

Katanya, setakat ini, sambutan diterima cukup menggalakkan, malah empat syarikat teksi sudah menjadi rakan kongsi projek itu dengan mendaftar pemandu teksi mereka sebagai ahli. Empat syarikat itu ialah Saujana Teksi Berhad, SM Cab Sdn Bhd, Zalnas Limosin Sdn Bhd dan Warisan Astana Sdn Bhd.

“Sepanjang lebih empat bulan pengenalan TaxiMonger, dianggarkan lebih 100 pemandu teksi sudah berdaftar dan kami menyasarkan 5,000 pemandu teksi di sekitar Lembah Klang akan menjadi ahli sehingga hujung tahun ini.

“Selain itu, penganjuran hari terbuka untuk pemandu teksi Lembah Klang pada 27 Jun ini, di Anjung Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak diadakan bagi memberi ruang kepada pemandu teksi untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan TaxiMonger,” katanya.

Nizreen berkata, TaxiMonger turut bekerjasama dengan SecQ.me iaitu aplikasi yang boleh diperoleh melalui platform Android dan iOS yang sudah dipatenkan di Malaysia dan seluruh dunia bagi melindungi pemandu dan penumpang daripada menjadi sasaran penjenayah kerana setiap pergerakan akan dirakamkan.

Menurutnya, ketika ini, TaxiMonger hanya ditawarkan kepada pengguna sekitar Lembah Klang, namun ia dijangka diperluaskan di Johor dan Pulau Pinang pada tahun depan.

Sumber : Harian Metro 25/06/2012

Saturday, June 23, 2012

Cara Menyembunyikan Folder

Bila anda menggunakan komputer pada pejabat ataupun dirumah yang juga digunakan oleh teman ataupun ahli keluarga anda, adakalanya kita ingin agar file-file kita yang bersifat privasi tidak dibuka oleh orang lain.

Cara umumnya adalah dengan membuat 2 user account pada windows anda. Cara lain adalah dengan menggunakan software pihak ketiga seperti Folder Lock, EncriptonClick, Folder Guard dsb.

Disamping menggunakan software kunci file seperti diatas untuk menyembunyikan file, juga terdapat beberapa cara lain dengan tanpa menggunakan software, diantaranya dengan menggunakan arahan kecil pada DOS, Notepad ataupun dengan beberapa kombinasi pada keyboard.

Cara yang akan dibincangkan kali ini adalah dengan menggunakan kombinasi pada keyboard. Ini adalah langkah-langkahnya:

1. Klik kanan pada folder yang ingin anda sembunyikan, lalu pilih Rename.

Cara menyembunyikan folder tanpa software_1

 
2. Segera tekan tombol ALT pada keyboard lalu tekan secara berurutan 0160 atau 255 pada keyboard anda. Setelah itu lepas tombol ALT yang tengah anda tekan. Bila benar maka nama folder akan berubah menjadi isian kosong seperti gambar dibawah. Tekan Enter

Cara menyembunyikan folder tanpa software_1
Jangan risau, sekarang folder anda sudah tak bernama, Kini langkah selanjutnya adalah menghilangkan folder tersebut hingga tak kelihatan.

3. Klik kanan pada folder > Properties. Lalu pada bahagian Customize, di bahagian kiri bawah pilih change icon..

4. Disini terdapat banyak icon-icon standard dari Windows, bila anda meneliti sedikit ke sebelah kanan, anda akan nampak ikon putih kosong (seperti gambar dibawah). Pilihlah icon kosong tersebut dan tekan Ok. Lalu tekan Apply

Cara menyembunyikan folder tanpa software_4 

Jangan panik bila folder yang baru saja anda otak-atik kini sudah “hilang” dari pandangan anda. :-)
Lalu kemanakah folder tersebut? Sebenarnya folder tersebut tetap ada di situ. Anda hanya perlu klik cursor mouse anda pada ruang kosong di sekitarnya, folder tu dapat ditemui.

Cara menyembunyikan folder tanpa software_5

Kini langkah berikutnya adalah, pindahkan folder tersebut ditempat yang menurut anda “paling selamat" . Boleh 'disorok' di program files atau di C:/windows/system32 dan tempat lain yang sesuai mengikut keinginan anda.

3 Cara Mematikan AutoRun Pada Komputer

 

AutoRun adalah sebuah ciri yang terdapat pada windows yang berfungsi untuk menjalankan secara automatik fungsi-fungsi pada CD/DVD Rom, External Hardisk atau Flashdisk.
Secara lalai ciri-ciri ini sudah aktif secara automatik. Namun di sebalik kegunaan dari ciri AutoRun ini ternyata dapat dimanfaatkan oleh virus-virus windows untuk menjangkiti komputer anda. Oleh kerana itu ada baiknya anda mematikan ciri AutoRun ini dan melakukan browse file secara manual melalui windows explorer. Berikut ini akan dijelaskan 3 cara untuk mematikan autorun pada komputer.

Cara Automatik

Cara paling mudah untuk me-matikan ciri autorun tanpa mengubah registry adalah dengan menekan butang SHIFT pada keyboard pada saat CD / DVD dimasukkan kedalam Drive CD / DVD atau pada saat flashdisk / harddisk luaran dihubungkan pada port usb.

Dengan menekan SHIFT selama 5-10 saat, ciri autorun akan tidak aktif.

Melalui Registry

Cara kedua adalah mengubahnya melalui registry editor, caranya adalah:
  • Klik Start Menu > Run. Lalu taipkan Regedit. Lalu Enter
  • Kemudian klik folder-folder berikut: HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
  • Setelah itu klik Edit > New > DWORD Value. Dan berilah nama pada value baru tersebut dengan NoDriveAutoRun. lalu Ok.
  • Kemudian double klik pada NoDriveAutoRun tersebut dan masukkan nilai 3ffffff  (parameter: hexadecimal). Lalu Ok
  • Setelah itu Restart komputer anda.

Melalui Group Policy

Cara ketiga adalah mematikannya melalui setting pada Group policy.
  • Klik Start Menu > Run. Kemudian taipkan gpedit.msc Lalu Enter
  • Kemudian pada bahagian Computer Configuration, klik Administrative Templates / System
  • Pada bahagian kanan tetingkap double klik pada pilihan Turn off Autoplay.
  • Kemudian semak pilihan Enable dan pilih All Drive (bila anda ingin mematikan autorun baik pada cd/dvd, harddisk, USB) atau pilih CDROM bila anda hanya ingin mematikan autorun yang berasal dari CD/DVD Rom saja)
  • Klik Apply. Lalu Ok
Pada Windows Vista atau 7:
  • Masuk ke menu Group policies (gpedit.msc)
  •  Ke bahagian Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Components. Kemudian klik Autorun Policies
  • Kemudian double klik tulisan Turn off Autoplay pada bahagian panel Details.
  • Pilihlah Enable dan All drives (sama seperti diatas)
cara-mematikan-autorun-pada-komputer
Demikian lah cara-cara untuk mematikan autorun pada komputer anda

Pakej Celcom Broadband Ipad Serendah RM70



Celcom Axiata Berhad menawarkan iPad baru bermula hari ini daripada serendah RM1329 dengan kontrak 24 bulan. [En. Afizulazha Abdullah, Ketua Operasi, Data Lanjutan Celcom Axiata Berhad (tengah) membongkar tablet baru dan pakej bersama-sama dengan tiga pelanggan pertama, (dari 2 dari kiri) Ng Kok Leong, Norhasrina Saderi, dan Rizuan Abdul Razak] Bersempena dengan pelancaran, Celcom memperkenalkan dua pelan yang khusus untuk tablet baru - Celcom Broadband iPad Asas di RM70/month dan Celcom Broadband iPad Pendahuluan pada RM100/Bulan - dengan kelajuan sehingga 3.6Mbps dan 7.2Mbps dan kuota 4.5Gb dan 7Gb yang masing-masing.

Sumber : celcom.com.my

Thursday, June 21, 2012

Apa itu 4G?


4G @ Fourth Generation (4G) mobiles yang juga dipanggil sebagai Sistem Komunikasi Generasi keempat, adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan langkah seterusnya dalam komunikasi tanpa wayar. Satu sistem 4G boleh menyediakan satu penyelesaian yang komprehensif IP di mana suara, data dan streaming multimedia boleh diberikan kepada pengguna atas "Anytime, Anywhere". Kadar pemindahan data juga lebih tinggi daripada generasi sebelumnya.

Objektif utama 4G adalah:

1) 4G akan menjadi satu sistem bersepadu berasaskan IP sepenuhnya.

2) ini akan mampu menyediakan 100 Mbit / s dan 1 Gbit / s kelajuan kedua-dua rumah dan luar.

3) Ia boleh memberikan perkhidmatan yang berkualiti premium dan keselamatan yang tinggi.

4) 4G menawarkan semua jenis perkhidmatan pada kos yang berpatutan.

4G dibangunkan untuk menyediakan kualiti perkhidmatan yang tinggi (QoS) dan keperluan kadar yang ditetapkan oleh permohonan yang akan datang seperti akses jalur lebar tanpa wayar, Pesanan Multimedia, Video Chat, Mobile TV, kandungan TV definisi tinggi, DVB, perkhidmatan minimum seperti suara dan data, dan lain-lain streaming perkhidmatan.

Teknologi 4G membenarkan penghantaran SMOOTH video berkualiti tinggi. Ia akan membolehkan muat turun cepat-panjang lagu penuh atau peralatan muzik dalam masa nyata.

Perniagaan dan populariti 4Gmobiles diramalkan menjadi sangat luas. Secara purata, menjelang tahun 2009, ini pasaran 4Gmobile akan menjadi lebih $ 400B dan ia akan menguasai komunikasi wayarles, dan sistem tertumpu akan menggantikan wayarles infrastruktur yang paling konvensional.

Kadar Data 4G:

Kelajuan memuat turun untuk sambungan Internet mudah alih adalah daripada 9.6 kbit / s untuk 2G selular pada masa ini. Walau bagaimanapun, dalam penggunaan sebenar kadar data biasanya lebih perlahan, terutamanya di kawasan yang sesak, atau apabila terdapat kesesakan dalam rangkaian.

4G mudah alih kadar penghantaran data yang dirancang untuk menjadi sehingga 20 megabit sesaat yang bermaksud bahawa ia akan menjadi kira-kira 10-20 kali lebih cepat daripada standard perkhidmatan ASDL.

Dalam segi benih sambungan, 4G akan menjadi kira-kira 200 kali lebih cepat daripada 2G hadir kadar data mudah alih, dan kira-kira 10 kali ganda lebih cepat daripada jalur lebar mudah alih 3G. Kadar data 3G kini 2Mbit/sec, yang sangat cepat berbanding 9.6Kbit/sec 2G.

Wednesday, June 20, 2012

Microsoft Surface Cabar Pasaran Ipad Apple

LOS ANGELES: Microsoft semalam mempamerkan komputer tablet pertamanya, Surface, dalam usaha mereka bersaing dengan iPad keluaran Apple.
Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer, menggambarkan pencabar ipad itu - dilengkapi penutup yang juga berfungsi sebagai papan kekunci - sebagai tablet yang berfungsi untuk “kerja dan bermain-main.” Surface juga menjadi nama kepada komputer skrin sesentuh yang dikeluarkan Microsoft untuk pasaran bisnes di restoran, kedai, bar serta tempat lain. Orang ramai yang menghadiri majlis di sebuah studio Hollywood itu begitu teruja ketika pelbagai ciri Surface dibentangkan.

Majlis berkenaan juga sempat membuat Presiden Windows dan Windows Live, Steven Sinofsky, cemas seketika apabila model pertama Surface yang diperkenalkannya gagal bertindak balas terhadap sentuhan.
Sinofsky berhenti seketika bagi mengambil unit lain dan lega apabila alat itu berfungsi sepenuhnya. Surface beroperasi menggunakan perisian Windows RT yang dihasilkan untuk cip peranti mudah alih ARM. Menurut Ballmer, Surface adalah peranti perkomputeran baru yang diperkenalkan Microsoft.

“Ia menyatukan kelebihan perkakasan dan perisian yang saling bersaing,” katanya. Microsoft tidak menyatakan secara khusus bila Surface akan berada di pasaran tetapi dipercayai dijual serentak dengan pengeluaran perisian Windows 8 akhir tahun ini. - AFP

Sumber : Harian Metro 19/06/2012

Tuesday, June 19, 2012

Ubah Interface Google



Pada posting kali ini ,saya ingin share kepada teman-teman tentang "bagaimana untuk  merubah paparan "interface google" pada home page.

Untuk membuatnya :
  1. Layari site "007google.com "
  2. Kemudian tuliskan nama korang dipetak yang disediakan untuk dijadikan paparan search engine interface.
  3. Pilih style nama paparan anda ,jika style yang tersedia menurut anda kurang menarik, teman teman boleh klik More Logo Styles and Colors >> maka akan muncul paparan style yang lebih menarik. 
  4. Setelah teman-teman selesai mengedit ,maka klik "Create my search engine". Hasilnya seperti di atas.
  5. Untuk menjadikannya homepage kat komputer korang maka yang harus kita lakukan adalah :copy address yang telah dibuat tadi di address homepagenya
Mozilla Firefox >Tools>Options>Homepage
Google Chrome>Options>Basics>Open the Homepage>Show Home Button
 

Celcom Tawar Khidmat EduCube

Celcom tawar khidmat Educube

PENERAJU dan pembekal syarikat telekomunikasi negara, Celcom Axiata Bhd (Celcom), memperkenalkan perkhidmatan pendidikan dalam talian, tiga dalam satu menggabungkan pendidikan sekolah, tuisyen dan peperiksaan, Educube.

Ketua Operasi Data Majunya (CAD), Afizulazha Abdullah berkata, perkhidmatan itu terbuka kepada pelanggan Celcom bermula semalam, manakala bukan pelanggan boleh melanggan menerusi kad Educube pada minggu hadapan.


“Pendidikan dalam talian ini menawarkan 70,000 soalan dengan enam modul bagi pelajar untuk meningkatkan pembelajaran ulang kaji pada bila-bila masa menerusi komputer peribadi, komputer riba, mahupun komputer tablet.


“Kesemua soalan merangkumi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya, selepas  melancarkan perkhidmatan pendidikan dalam talian tiga, Educube, di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatan pada masa akan datang, Celcom akan terus menambah sekitar 10,000  soalan setiap tahun.


Katanya, Celcom juga bakal melaksanakan aplikasi mudah alih bagi telefon pintar untuk memberikan kemudahan kepada semua golongan menjelang suku ketiga tahun ini.


Beliau berkata, Celcom turut  bekerjasama dengan Orenda Sdn Bhd iaitu pemaju perkhidmatan pendidikan dalam talian, tiga dalam satu dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan (PIBGN) bagi menyokong inisiatif dalam penempatan pendidikan.


Afizulazha berkata, perkhidmatan pendidikan dalam talian itu ditawarkan dengan harga yang mampu dimiliki semua golongan iaitu serendah RM4.99 sebulan  menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau membeli kad Educube di mana-mana pengedar sah seluruh negara.

Sumber : Sinar Harian 19/06/2012 

Monday, June 18, 2012

Hati-Hati Jika Guna PC Di Cyber Cafe

Ok, sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati-hatilah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

 
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

Kerosakan Komputer Ditutup Tanpa SHUTDOWN

1. Kehilangan data pada registry

Semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.

2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer

Semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.

3. Processor akan mudah rosak

Semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fan cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.
Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.

4. Hard disk rosak

Jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

Tips Menjaga Laptop Anda

 

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Jom Test Keyboard Anda


Keyboard merupakan salah satu perangkat yang sering kita pakai pada saat menggunakan komputer.
Disini saya memberikan beberapa cara untuk mencuba apakah keyboard anda benar-benar handal atau tidak.
Anda hanya perlu menaip perkataan

the quick brown fox jumps over the lazy dog”

tetapi dengan cara-cara berikut :


1. Buka notepad anda.
2. Tekan dan tahan tombol shift kiri dan shift kanan.
3. Taip perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog”.  
    (Ingat tombol shift kiri dan shift kanan jangan di lepas).
4. Lihat apakah tulisan yang keluar lengkap sesuai dengan kata-kata di atas atau ada huruf yang hilang.
5. Semakin banyak huruf yang tidak keluar, maka semakin buruk kualiti keyboard anda.

Mengapa harus menulis perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog” ?
Kerana kata-kata tersebut merupakan sebuah perkataan yang berisi semua huruf dalam alfabet yang biasa digunakan untuk menguji mesin taip dan keyboard komputer, dan dalam aplikasi lain yang melibatkan semua huruf dalam abjad Inggeris

Selamat mencuba!!!

Thursday, June 14, 2012

Apa itu Mod Selamat @ Safe Mode


Kenapa perlunya mod selamat?

Apabila sesebuah sistem komputer dijangkiti oleh virus, kebiasaannya ia akan menyebabkan sistem komputer tersebut beroperasi secara tidak keruan dan bermasalah.
Ia juga berkemungkinan akan meningkatkan penggunaan aplikasi dan program komputer yang tidak penting pada tahap yang maksimum.

Ini menyebabkan komputer tersebut juga akan berada pada tahap maksimum dari segi penggunaan sumber-sumbernya seperti memori, pemproses, cakera keras dan sebagainya.
Oleh demikian, operasi sistem komputer Windows tersebut perlu dijalankan pada tahap yang minimum operasinya.

Ini perlu bagi membolehkan perisian antivirus berupaya membuat pengimbasan keselamatan pada sesebuah sistem komputer yang dijangkiti virus pada tahap yang optimum.
Contoh fail atau program yang tidak dilarikan oleh Windows ketika mod selamat adalah seperti autoexec.bat, config.sys, fail drivers dan lain-lain. Malah, fail-fail sistem ini banyak menjadi sasaran serangan oleh virus yang dijangkiti.

Jadi, mod selamat pada sistem komputer Windows merupakan keadaan yang sesuai dan selamat untuk melarikan perisian antivirus dalam sistem komputer Windows yang dijangkiti virus.
Malah ia juga merupakan keadaan yang sesuai untuk melarikan sistem komputer Windows bermasalah yang disebabkan oleh pelbagai perkara seperti terbuang fail sistem, kerosakan fail sistem, perkakasan dalaman komputer bermasalah dan sebagainya.
Namun begitu, ia bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi.

Bagaimana untuk capai mod selamat ini?

Terdapat dua kaedah untuk larikan sistem komputer Windows dalam mod selamat .iaitu dengan menekan butang tertentu ketika but sistem komputer atau melakukan konfigurasi but pada sistem komputer Windows.

Kaedah pertama
l Restart atau boot semula komputer.
l Tekan butang F8 secara berulang kali ketika komputer sedang but.masuk ke Windows.
l Guna butang anak panah untuk memilih menu Safe Mode dan tekan butang Enter.
l Kaedah ini kadang kala tidak sama bagi semua jenis pengeluar komputer atau versi Windows yang digunakan. Sila semak manual pengguna.
Sebagai contoh, ada sistem komputer yang memerlukan tekan secara terus butang Ctrl ketika komputer sedang but untuk masuk ke pilihan mod selamat ini.
Kaedah kedua
l Klik butang Start > Run. Taip perkataan msconfig dalam ruang kekotak yang keluar dan tekan butang OK.
l Seterusnya tetingkap program System Configuration Utility akan dipaparkan.
l Klik pada tab General dan klik pada pilihan Selective Startup.
l Klik pada tab BOOT.INI dan pada ruangan Boot options, klik pada /SAFEBOOT.
l Klik butang Apply dan OK. Klik butang YES untuk Restart komputer.
l Bagi Windows versi lama seperti Windows98 dan lain-lain, pada tab General, setelah klik pilihan Selective Startup, klik butang Advanced > Enable Startup Menu. Klik OK dan but semula komputer seperti biasa.

Sumber : Utusan Online 14/06/2012

Friday, June 8, 2012

Tips Lajukan Firefox 5

firefox-logo

Antara pelayar internet yang paling popular disamping Internet Explorer (datang secara default dengan windows), ialah pelayar Firefox. Versi terkini Firefox ialah 5.0
Kali ini saya kongsikan tips untuk melajukan pelayar internet Firefox 5.0 supaya anda dapat melayari internet dengan cepat dan tanpa masalah hanging... Insyaallah.
  1. Taipkan "about:config" pada ruang address
  2. Firefox akan memaparkan mesej seperti di bawah, Klik pada butang tersebut.
  3. gunakan Filter untuk mengubah nilai parameter seperti di bawah.
a. Set “network.http.max-connections” : 64
b. Set “network.http.max-connections-per-server” : 21
c. Set “network.http.max-persistent-connections-per-server” : 8
d. Set “network.http.pipelining” : true
e. Set “network.http.pipelining.maxrequests” : 100
f. Set “network.http.proxy.pipelining” : true
Sekian, selamat mencuba

Friday, June 1, 2012

Tablet 1Malaysia Pad


1Malaysia Pad berukuran tujuh inci adalah tablet yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia 

Sebahagian dari 5000 unit 1MPad akan mula dipasarkan pada bulan hadapan dengan harga RM999 sebuah. Layari http://www.maltechpro.com




Sumber :Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...