Selamat Datang

Selamat Datang

News TM Agent

TM Business Broadband (Streamyx & Unifi) Not Allow To Register Under Personal Name Effective On 1st of July 2012.
(Date: 2012/6/29)
Please to inform that, all TM Business Braodband's (Streamyx & Unifi) applications are not allow to register under personal name effective on 1st of July 2012. All application must be registered by using company name with business registration number (BR no).

Wednesday, July 18, 2012

Microsoft Office Lebih Canggih

INTERAKTIF...Ballmer memperkenalkan Office baru yang sedia dipindah turun secara previu.

MICROSOFT Corp (Microsoft) melancarkan perisian Office baru yang lebih canggih dengan perubahan besar kepada beberapa fungsi Words, OneNote, Excel dan PowerPoint yang disasarkan kepada pengguna biasa dan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, pengenalan Office baru sejajar dengan persediaan syarikat itu untuk mendahului teknologi pejabat moden selepas melancarkan sistem operasi Windows 8 yang diperkenalkan baru-baru ini.

“Kami menganggap perisian Office baru sebagai produk paling inovatif pernah dilancarkan Microsoft,” katanya ketika pelancaran Office baru dinamakan ‘Office 2013’ di San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.
Turut hadir, Naib Presiden Korporatnya, Kirk Koenigsbauer.

Office 2013 mempunyai perubahan besar-besaran daripada aspek rekaan yang lebih intuitif supaya dapat beroperasi dengan baik dalam pelbagai penggunaan seperti sentuhan pada tablet, pen stylus, menggunakan tetikus atau papan kekunci asalkan ia peranti berasaskan Windows.

Antara ciri baru diperkenalkan Office termasuk cara membaca dokumen dalam Words, fungsi OneNote yang lebih baik, fungsi mesyuarat termasuk perkongsian serta suntingan dokumen dan komunikasi perkhidmatan cloud lebih bersepadu.

Ballmer berkata, pengenalan Office adalah acara paling dinantikan selepas Microsoft sudah lama tidak memperkenalkan fungsi baru kepada perisian terbabit.

“Office akan memanfaatkan perkhidmatan ‘cloud’ sepenuhnya pada masa depan di samping kesepaduan dengan Windows 8,” katanya sambil menambah perisian itu kini sedia dipindah turun secara previu di office.com/preview.

Beliau berkata, kesediaan Windows 8 untuk dilancarkan pada Oktober masih mengikut jadual dan Microsoft sudah bersedia sepenuhnya untuk inovasi baru perkomputeran.

Sumber : Harian Metro 18/07/2012

Friday, July 6, 2012

Kerjasama Mas & PayPal


MALAYSIA Airlines System (MAS) menjangka purata jumlah tempahan tiket penerbangan menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi MHmobile meningkat lebih 500 peratus tahun ini disandarkan penggunaan bayaran dalam talian global PayPal yang mula diperkenalkan, semalam.
Kerjasama dengan PayPal turut menjadikan MAS sebagai syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kemudahan lebih pantas dan selamat menggunakan telefon mudah alih. Tahun lalu, MAS merekodkan peningkatan 500 peratus daripada segi purata tempahan harian melalui MHmobile yang kini boleh digunakan di pelbagai platform termasuk iOS, Android dan Windows.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Promosi MAS, Al-Ishsal Ishak berkata, sejak MHmobile diperkenalkan pada 2009, jumlah penggunanya meningkat dengan 70 peratus daripada transaksi dilakukan ahli Enrich dan turut menyumbang 10 peratus kepada perolehan dalam segmen tempahan dalam talian yang ditawarkan MAS.
“Ketika ini, lebih ramai pengguna memilih telefon mudah alih untuk membuat tempahan dan kami percaya, kerjasama dengan PayPal meningkatkan lagi jumlah pengguna sekali gus menyasarkan sumbangan kepada perolehan antara 20 dan 30 peratus dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

“Sehubungan itu, MAS mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi dalam tempoh enam bulan akan datang untuk menarik minat pengguna MHmobile membuat tempahan tiket menggunakan PayPal,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi perkhidmatan terbaru itu, pengguna telefon pintar boleh membuat tempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa MAS di mana saja menerusi aplikasi MHmobile dan laman web mudah alih flymas.mobi yang menerima perkhidmatan PayPal.
Bersempena dengan pelancaran itu, MAS menawarkan tambang promosi dari serendah RM150 bagi penerbangan domestik dan RM340 bagi destinasi Asean dengan tempahan bermula 5 hingga 8 Julai bagi tempoh penerbangan dari 5 Julai hingga 31 Oktober.

Sementara itu, Pengarah PayPal Asia Pasifik bagi mudah alih, Rahul Shinghal berkata, menerusi kajian beli belah secara mudah alih PayPal tahun lalu mendapati, pasaran perdagangan mudah alih di Malaysia meningkat sebanyak 370 peratus iaitu daripada RM101 juta pada 2010 kepada RM467 juta pada 2011.

Sumber : Harian Metro 06/07/2012

Sunday, July 1, 2012

Ubah Clock Taskbar Dengan Nama Anda


Secara default, sistem operasi Windows menampilkan informasi waktu pada sebelah kanan bawah taskbar. Umumnya format waktu yang digunakan adalah AM/PM dengan format waktu 12 jam.

Didalam Windows terdapat settingan manual yang dapat mengubah informasi AM / PM tersebut menjadi apapun yang anda inginkan, misalnya nama anda dll.

Windows 7
  1. Klik Start Menu > Control Panel
  2. Lalu kebahagian Clock, Language and Regional Options. Lalu klik pada Region and Language
  3. Pada tab bahagian Regional Options ubah Standard and Formats menjadi English (united States) serta pilih Indonesia pada bahagian Location
  4. Kemudian klik Addional Settings yang berada dikanan bawah
  5. Pada Tab bahagian Time, ganti format standard nama AM / PM menjadi apapun yang anda inginkan.
  6. Klik Apply dan OK

Windows XP
  1. Klik Start Menu > Control Panel
  2. Lalu pilih Regional and Language Options. Regional and Language Options dan setting untuk mengatur waktu, tarikh dan format waktu.
  3. Ubah Location menjadi Malaysia lalu klik Customize
  4. Setelah tertingkap Customize Regional Options terbuka, klik Tab bagian Time. Selanjutnya anda dapat mengganti input standard yang AM / PM menjadi nama apapun yang anda inginkan.
  5. Klik Apply dan Ok

MyKamus - Terjemahan Sekelip Mata


Ia adalah kerjasama antara Citra Pengkomputeran Rangkaian dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), institusi yang berusia 56 tahun yang berperanan untuk membangun dan mengawal selia bahasa BM. DBP juga penerbit buku.

Berbalik kepada MyKamus kini ia terdiri daripada Penyemak ejaan Bahasa Malaysia dan kamus, serta kamus Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris.

Ia juga boleh digunakan untuk menukar tulisan Rumi ke Jawi, abjad Arab untuk menulis bahasa Bahasa Malaysia. Ciri-ciri lain termasuk teka-teki, permainan tekakata dan koleksi kertas soalan yang lepas bagi peperiksaan kebangsaan.

Bermula adalah cepat. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk memasang MyKamus. Selepas pemasangan, kita pergi dalam talian untuk mencari kemaskini dan mendapati terkini, versi 7.0.348. Kita semua telah ditetapkan selepas itu.

Setelah dipasang, MyKamus membolehkan dengan cepat untuk melihat apa-apa perkataan, dengan hanya berlegar kursor di atas perkataan dan menekan kombinasi kekunci Kawalan dan kanan butang tetikus. Atau anda boleh menaip perkataan ke dalam toolbar MyKamus mini terapung pada skrin.

Sumber : Mykamus.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...