Selamat Datang

Selamat Datang

News TM Agent

TM Business Broadband (Streamyx & Unifi) Not Allow To Register Under Personal Name Effective On 1st of July 2012.
(Date: 2012/6/29)
Please to inform that, all TM Business Braodband's (Streamyx & Unifi) applications are not allow to register under personal name effective on 1st of July 2012. All application must be registered by using company name with business registration number (BR no).

Wednesday, July 18, 2012

Microsoft Office Lebih Canggih

INTERAKTIF...Ballmer memperkenalkan Office baru yang sedia dipindah turun secara previu.

MICROSOFT Corp (Microsoft) melancarkan perisian Office baru yang lebih canggih dengan perubahan besar kepada beberapa fungsi Words, OneNote, Excel dan PowerPoint yang disasarkan kepada pengguna biasa dan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, pengenalan Office baru sejajar dengan persediaan syarikat itu untuk mendahului teknologi pejabat moden selepas melancarkan sistem operasi Windows 8 yang diperkenalkan baru-baru ini.

“Kami menganggap perisian Office baru sebagai produk paling inovatif pernah dilancarkan Microsoft,” katanya ketika pelancaran Office baru dinamakan ‘Office 2013’ di San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.
Turut hadir, Naib Presiden Korporatnya, Kirk Koenigsbauer.

Office 2013 mempunyai perubahan besar-besaran daripada aspek rekaan yang lebih intuitif supaya dapat beroperasi dengan baik dalam pelbagai penggunaan seperti sentuhan pada tablet, pen stylus, menggunakan tetikus atau papan kekunci asalkan ia peranti berasaskan Windows.

Antara ciri baru diperkenalkan Office termasuk cara membaca dokumen dalam Words, fungsi OneNote yang lebih baik, fungsi mesyuarat termasuk perkongsian serta suntingan dokumen dan komunikasi perkhidmatan cloud lebih bersepadu.

Ballmer berkata, pengenalan Office adalah acara paling dinantikan selepas Microsoft sudah lama tidak memperkenalkan fungsi baru kepada perisian terbabit.

“Office akan memanfaatkan perkhidmatan ‘cloud’ sepenuhnya pada masa depan di samping kesepaduan dengan Windows 8,” katanya sambil menambah perisian itu kini sedia dipindah turun secara previu di office.com/preview.

Beliau berkata, kesediaan Windows 8 untuk dilancarkan pada Oktober masih mengikut jadual dan Microsoft sudah bersedia sepenuhnya untuk inovasi baru perkomputeran.

Sumber : Harian Metro 18/07/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...