Selamat Datang

Selamat Datang

News TM Agent

TM Business Broadband (Streamyx & Unifi) Not Allow To Register Under Personal Name Effective On 1st of July 2012.
(Date: 2012/6/29)
Please to inform that, all TM Business Braodband's (Streamyx & Unifi) applications are not allow to register under personal name effective on 1st of July 2012. All application must be registered by using company name with business registration number (BR no).

Saturday, December 22, 2012

Maxis sedia insentif kepada pelajar Unitar

http://www.at-sb.com/images/logo_maxis.jpg

MAXIS Bhd (Maxis) menjalankan perjanjian kerjasama perniagaan dengan Unitar International University (Unitar) bagi meningkatkan pendidikan teknologi dan keusahawanan menerusi penyediaan pelbagai insentif kepada pelajar Unitar.

Kerjasama berkenaan yang berlangsung dalam tempoh masa panjang turut memberi sokongan pembiayaan pendidikan kepada pelajar universiti itu dalam bentuk biasiswa.

Ketua Bahagian Perniagaannya, Mohamed Fitri Abdullah berkata, terdapat enam segmen kerjasama yang difokuskan di dalam perjanjian itu iaitu WiFi Hotspots, Program Latihan Industri Maxis, Program Biasiswa Maxis, Program Tajaan Maxis, Pusat Edaran Maxis dan Program Keusahawanan Maxis.

Beliau berkata, bagi WiFi Hotspots, Maxis akan menyediakan kawasan bagi mengakses Internet tanpa wayar kepada lebih 5,000 pelajar di kampus utama serta cawangan Unitar.

“Bagi Program Latihan Industri Maxis, syarikatnya akan memberi peluang kepada pelajar Unitar untuk melaksanakan latihan industri di syarikatnya,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Kuala Lumpur, semalam.

Sumber : Harian Metro 21/12/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...