
SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet
terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada
harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).
Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang
menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat
pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad.
Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan
sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh
dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS.
Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan. - Agensi
Sumber : Kosmo Online 29/06/2012